Untitled Document
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN EKSEKUTIF TEKNIKAL (PEREKA) DI BAWAH SKIM PERKHIDMATAN IKHTISAS, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Dimaklumkan bahawa terdapat keperluan jawatan sebagai Eksekutif Teknikal (Pereka) secara kontrak di bawah Skim Perkhidmatan Ikhtisas di Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif, Seni Reka, Rekabentuk Grafik atau Sains Komputer (Grafik dan Multimedia) atau bidang yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan;
(d) berpengalaman dalam :
- perisian suntingan video seperti Adobe premium, Movie Maker atau seangkatan;
- tugas suntingan bahan media lain seperti teks, gambar grafik, bunyi, klip video dan animasi menggunakan perisian berkaitan;
- menggunakan peralatan digital seperti kamera Video, Camcoder, Kamera Digital, teknik pencahyaan dan kawalan lampu bagi menghasilkan grafik dan serta klip video yang menarik dan berkualiti
(e) kemahiran tambahan:
- menggunakan perisian ?plugin? bagi menggabungkan latihan pemahaman dalam video pengajaran dan pembelajaran
- berkemahiran dalam komunikasi secara teknikal dan bukan teknikal
- bersifat proaktif dalam mengambil tindakan
(f) keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam pembangunan video bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran
Tempoh Pelantikan : 1 Tahun
Borang Permohonan Jawatan Skim Perkhidmatan Ikhtisas boleh didapati di laman web Ump E-Recruitment
Borang permohonan yang lengkap berserta resume, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil SPM & Ijazah serta salinan sijil-sijil yang berkaitan hendaklah dihantar ke emel pelantikanhr@ump.edu.my selewat-lewatnya pada 26 Mac 2021 (Jumaat).